Saturday, 9 May 2020

Emping Padi Hijau atau Putik


Emping padi hujau atau putik. Katanya Emping Hijau ni boleh dijadikan juadah berbuka. Maka dalam pertengahan tahun 90an di Pasar Siti Khadijah ada seorang nenek tua bangsa Thai dari Tumpat jual emping ini. Dia kata dia goreng padi putik dan tumbuk sendiri dengan lesung kaki.



Sekarang tiada lagi orang jual emping selepas itu. Nenek tua itu pun sudah lama tidak kelihatan, harap dia sihat sentiasa. Cara makannya cuma gaul bersama kelapa parut muda dan gula melaka serta garam seperti cornflakes tapi bukan rendam dalam susu segar..



karya:MRafiMustapha

No comments:

Post a comment

loading...