Wednesday, 6 May 2020

Helah Telco, Ramai Tidak Tahu

Selama kita menggunakan telefon, pernah tak
kita buat kajian atau perbandingan antara telco terutamanya dari segi penggunaan data internet. Maksud saya bukan sahaja dari jumlah DATA yang diberikan tetapi juga dari sisi lain.



Ramai yang masih tidak tahu, pelan telco tawarkan walau banyak mana data yang mereka bagi, pasti mereka inginkan keuntungan. Di Malaysia hanya ada 4 syarikat telekomunikasi gergasi iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U mobile. Mereka masing² berlumba untuk menjadi yang terbaik dan terhebat dihati pengguna, dalam masa yang sama mereka tidak sesekali memberikan sesuatu yang boleh merugikan mereka.

Pelan internet dan panggilan setiap telco berbeza-beza. Ingat satu perkara, apa pun pelan yang mereka tawarkan pasti ada keuntungan untuk mereka. Kita sebagai pengguna kena bijak memilih rangkaian telco mana yang sesuai dengan penggunaan harian kita dan yang lebih menjimatkan.

Bukan hanya melihat pada jumlah data yang diberi atau unlimited data yang ditawarkan. Tetapi juga perlu buat perbandingan, kerana ada kalanya jumlah data yang sedikit tetapi lambat habis manakala yang banyak cepat habis.

Boleh juga lihat dari segi kelajuan internet, walaupun mereka tawarkan unlimited data tapi kelajuan internet dihadkan menyebabkan kita akan habiskan data hanya sedikit dalam sebulan. Jika muat turun sebarang aplikasi bersaiz 100MB mengambil masa  lebih dari 15minit juga sangat perlahan.



Jika dulu memang betul 100MB sesuatu yang bersaiz besar, tetapi pada masa sekarang dengan teknologi rangkaian semakin hebat dan internet berkelajuan sehingga 4G+ ia sepatutnya mengambil masa kurang dari 1minit untuk muat turun sesebuah aplikasi yang hanya bersaiz 100MB. Bahkan untuk 1GB hanya mengambil masa kurang dari 10minit.

Pilihan ditangan anda, dan anda tidak perlu tahu keseluruhan kerana kita bukanlah pada bidang itu.Hanya sekadar tahu perkara asas seperti ini sudah memadai.







No comments:

Post a comment

loading...