Sunday, 17 May 2020

Keletihan, Boleh Jadi itu Tanda-Tanda Buah Pinggang Anda Tidak Sihat


Kekurangan progresif buah pinggang selama beberapa tahun boleh mengakibatkan anda menghadapi kegagalan buah pinggang kekal.

Antara penyebab yang boleh berlakunya Kegagalan Buah Pinggang antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, berlaku sekatan pada saluran kencing, penyakit jantung, penyakit yang melibatkan paru-paru, dan kegagalan autoimmune.

Antara faktor yang juga kerap berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan atau dalam tempoh yang lama dan kerap. Biasanya individu yang selalu mengambil ubat tahan sakit disebabkan migrain, sakit gigi, yang menyebabkan mereka tidak mampu mnanggung kesakitan tersebut lalu mengambil ubat tahan sakit.

Individu yang menghidap sakit buah pinggang atau kegagalan Ginjal kebanyakannya mereka yang berumur antara 30 tahun keatas. Kerana golongan ini biasanya mula mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan pengambilan gula berlebihan yang mengakibatkan kencing manis.

Keletihan, mudah loya, hilang deria rasa, antara simptom yang memberitahu buah pinggang anda tidak sihat. Pada tahap yang teruk, anda akan merasa kurang nafsu untuk melakukan hubungan seks, dan tanda-tanda ini mungkin akan berlaku pada kegagalan ginjal pada tahap 4, dan tahap 5.

Kegagalan ginjal (Kidney Failure) menyebabkan anda perlu bergantung kepada mesin dialisis untuk sepanjang hayat. Namun, ada satu penyelesaian terakhir untuk pesakit buah pinggang tahap akhir, iaitu penggantian(transplan) buah pinggang baru dari penderma yang sesuai. Namun ianya menelan kos yang sangat tinggi dan sebenarnya proses itu juga berisiko tinggi kepada pesakit.

Nasihat pakar, semasa anda masih sihat banyakkanlah minum air sekurang-kurangnya  8 gelas air kosong setiap hari dan amalkan makanan seimbang. Ini akan membantu buah pinggang anda bekerja dengan lebih baik dan jangan lupa pastikan anda mendapat tidur yang cukup.

wikipedia

2 comments:

loading...