Saturday, 2 May 2020

Kluster Baharu Wabak Koronavirus (Covid-19) Maahad Tahfiz Lanchang Temerloh



Wabak koronavirus di Malaysia makin berkurang sejak Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilaksanakan 18 Mac lalu sehingga hari ini. Namun masyarakat diminta tidak terlalu selesa dengan pengurangan jangkitan Covid19 di negara kita selagi belum hapus sepenuhnya.

Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilonggarkan sedikit demi sedikit untuk memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terbantut. Hampir semua perniagaan dibenarkan beroperasi semua tetapi perlu ikut garis panduan SOP yang ditetapkan.

Kementerian Kesihatan KKM telah mengesan satu kluster baru wabak covid19 dikalangan pelajar Maahad Tahfiz Lanchang Temerloh Pahang. Terdapat 6 kes positif dikesan dikawasan itu. Saringan kesihatan akan dijalankan keatas kontak rapat kepada 6 pelajar tersebut. Kini Madrasah tersebut ditutup namun masih ada yang tinggal didalamnya.

sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a comment

loading...