Friday, 8 May 2020

Masjid Sudah Mula Dibuka Di Bangladesh


Menurut sumber yang kami perolehi, di Bangladesh masjid-masjid sudah mula dibuka semua sejak ianya ditutup susulan merebaknya covid19 di negara itu. Namun, pihak kerajaan Bangladesh telah menetapkan garis panduan yang harus dipatuh untuk mengelaknya dari virus ini merebak.

Setiap jemaah perlulah memakai topeng muka dan amalkan peraturan yang ditetapkan. Kanak-kanak dan orang tua tidak dibenarkan masuk ke Masjid malah mereka juga dilarang mengatur makanan iftar dan sahur di tempat mereka.

Memandangkan kes covid-19 di Bangladesh masih meningkat, garis panduan untuk jemaah diperketatkan. Pihak masjid diminta menyahkuman terlebih dahulu di bahagian lantai dan karpet serta menyediakan cecair pencuci tangan seperti sabun.

Keputusan yang dibuat membimbangkan pelbagai pihak, ini kerana jumlah masjid di Bangladesh lebih 250,000 buah dan berjuta-juta jemaah berisiko kepada jangkitan virus tersebut.

sumber: sinarharian

No comments:

Post a comment

loading...