Friday, 8 May 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin Terima Panggilan Donald Trump Malam Tadi


Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima panggilan dari Presiden Amerika Syarikat Donald Trump malam tadi. Mereka menghabiskan masa berbual kira_kira 30 minit.

Dalam perbualan tersebut mereka turut membincangkan berkaitan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Berkenaan dengan wabak covid19, mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam mengurangi kesan pandemik dalam masa yang sama berusaha dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin covid19 kelak.

Menurut sumber lagi, mereka turut membincangkan soal keamanan dan keselamatan antarabangsa. Selain itu, Trump juga telah mengucapkan tahniah kepada PM kita atas perlantikan Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan baru.

sumber:sinarharian

No comments:

Post a comment

loading...