Sunday, 7 June 2020

Atasi Masalah Stress Dengan Kaedah 10B

     [foto dari collider]

 Stress dan tekanan biasanya dialami oleh pelajar-pelajar yang sibuk untuk menghadapi peperiksaan dan juga pekerja yang tidak cukup rehat. Stress ini dikategorikan sering berlaku pada usia muda kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga pada peringkat warga emas. Pada umumnya stress dialami seseorang berbeza-beza mengikut tahap tekanan yang dihadapinya. Stress yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.

Walau bagaimanapun, stress yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif serta boleh memudaratkan kesihatan dan meningkatkan risiko terhadap penyakit. Walau bagaimanapun stress ini dapat ditangani dengan pelbagai kaedah.

Tahukah anda kaedah 10B yang dapat menangani stress?


        Kaedah 10B adalah bertenang. Setiap kali anda berasa stress atau ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stress negatif pada peringkat permulaan.

        Seterusnya adalah anda boleh bernafas dengan dalam. Hal ini memberikan kita ketenangan minda yang berserabut. Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

          Kita juga perlu berkata, ` Rilekslah’. Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stress, ‘Rilekslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres seseorang itu.

          Selain itu, beribadat juga merupakan cara berkesan menangani stress. Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

          Berkongsi atau bercakap dan bercerita tentang perasaan kita dengan seseorang sama ada dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

         Di samping itu juga berurut dapat melegakan stress anda. Hal ini kerana apabila anda stress, kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Oleh itu,belajarlah cara urutan leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stress.

        Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula rileks serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

       Anda juga perlu beriadah dengan meluangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Contohnya berjoging. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stress. Di samping anda menenangkan fikiran badan anda juga sihat.

       Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stress. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

         Akhir sekali untuk kaedah 10B adalah berfikiran positif. Stress  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stress dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a comment

loading...