Saturday, 27 June 2020

Khasiat Pisang Jangan Diremehkan, Jom Cuba Resepi Puding Pisang Bersos Kastard



Pisang merupakan buah-buahan tempatan yang tinggi serat dan rendah kalori. Pisang boleh dijadikan makanan pencuci mulut yang mengenyangkan. Untuk mereka yang berpuasa, digalakkan mengambil pisang waktu sahur untuk kekal bertenaga dan boleh melambatkan penghadaman.

Tahukah Anda Khasiat Pisang Dalam Perkembangan Janin


Pisang sangat berkhasiat dan amat baik untuk ibu mengandung kerana khasiat yang ada dalam buah pisang mampu untuk membantu perkembangan janin dalam kandungan. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
Pisang bukan sahaja sebagai sumber tenaga, ia juga banyak khasiat lain antaranya, boleh menguruskan badan, mengubati jerawat, mengurangkan rasa sakit ketika haid, mengubati sembelit, mengubati gatal akibat gigitan nyamuk, dan meningkatkan mood serta banyak lagi khasiat dan kelebihan lain yang baik untuk KESIHATAN.

Biasa dikampung pokok pisang ditanam dibelakang rumah dan dibiar membiak sehingga tidak terjaga. Pokok pisang senang membiak ditempat lembab dan jika tidak dijaga boleh menjadi semak dibelakang rumah.

Buah pisang yang sudah tua perlu diambil dari pokok sebelum masak sepenuhnya supaya tidak rosak atau dimakan burung dan haiwan lain. Namun, tidak semua buah pisang sedap dimakan begitu sahaja setelah masak.

Disini saya ada kongsikan Resepi Puding Pisang Bersos Kastard yang lemak berkrim. Caranya sangat mudah, hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.

Bahan - bahan :

1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir

Cara penyediaan :

- Sehelai daun pandan yang disimpul
- Masak semua bahan - bahan tadi sehingga pekat
- Sesudah suam, masukkan kedalam peti ais
- Letakkan pisang yang telah digoreng dan tuangkan sos kastard yang telah siap tadi dan taburkan sedikit kismis.

sumber suriasinarplus

No comments:

Post a comment

loading...