Thursday, 25 June 2020

Muat Turun Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Sebagai Rujukan


Tujuan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah diperkenalkan bertujuan sebagai rujukan kepada pegawai dibahagian Kementerian Pendidikan Malaysia KPM , Jabatan Pendidikan Negeri JPN, Pejabat Pendidikan Daerah PPD, kepada pentadbir dan guru - guru sekolah mengenai cara pengurusan baharu dan SOP yang harus diikuti bagi mengelak penularan jangkitan penyakit Covid19 yang kini masih dalam peringkat pemulihan.

Objektif Utama Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Kerajaan mengeluarkan garis panduan ini dengan objektif yang sangat kukuh iaitu bagi memastikan perjalanan pengurusan sekolah dan asrama berjalan dengan lebih teratur dan lancar. Paling utama adalah soal keselamatan dan kesihatan murid, guru-guru serta kakitangan warga sekolah menjadi keutamaan. Tahap pematuhan SOP di sekolah dapat dikekalkan dengan merujuk garis panduan yang disediakan mov.gov.my.

Walaupun kes covid19 di Malaysia menunjukkan penurunan yang ketara dari hari kehari, namun garis panduan yang disediakan perlu dijadikan rujukan dan SOP tetap perlu dipatuhi demi merealisasikan hasrat kerajaan dan rakyat Malaysia dalam memutuskan sepenuhnya rantaian covid19.

Menurut Bharian hari ini, penularan jangkitan Covid-19 di Eropah bertambah mendadak ekoran sekatan dilonggarkan. Dikatakan 30 buah negara terlibat dalam peningkatan jangkitan kes covid19 yang baru dicatatkan dalam tempoh 2 minggu lalu. Jerman antara negara yang terjejas teruk setelah melonggarkan sekatan sejak 7 minggu lalu.

Apa yang berlaku di negara Eropah sekarang harus dijadikan pengajaran dengan tidak berada dalam keadaan terlalu selesa walau berlaku pengurangan kadar jangkitan covid-19 di Malaysia.

Di bawah ini saya sediakan pautan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Saya sarankan anda buka pautan dibawah dan muat turun untuk simpanan supaya senang untuk merujuknya apabila perlu.

https://www.moe.gov.my/pekeliling/3449-garis-panduan-pengurusan-pembukaan-semula-sekolah-4-6-2020/file

No comments:

Post a comment

loading...