Monday, 8 June 2020

SPA, Pemegang Diploma Boleh Membuat Permohonan Jawatan Bertaraf SPM


Pemegang Ijazah dan diploma sukar mendapatkan pekerjaan di sektor awam (kerajaan) disebabkan beberapa faktor. Antaranya, saingan yang tinggi dari pelbagai institusi, keputusan (result) yang kurang memuaskan, pekerjaan yang dipilih tidak sesuai dengan bidang yang kursus yang diambil, tidak melengkapkan borang permohonan dengan betul dan pelbagai lagi faktor lain yang menyebabkan permohonan mereka ditolak.

Adakah Pemegang Diploma Boleh Memohon Pekerjaan (Jawatan) Bertaraf SPM ?


Bagi pemegang diploma dalam apa sahaja bidang, permohonan jawatan sepatutnya dalam bidang yang berkaitan dan setaraf dengan kelayakan diploma tersebut. Namun, menurut portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA, bagi pemegang diploma, mereka boleh memohon jawatan bertaraf SPM. Begitu juga bagi pemegang ijazah yang ingin memohon jawatan bertaraf diploma juga dibolehkan berbuat demikian dengan syarat graduan tersebut memiliki diploma.

Hal ini kerana pada masa sekarang pemegang ijazah mahupun diploma sukar untuk dapat pekerjaan tidak kira disektor kerajaan mahupun swasta. Ramai graduan baru memilih untuk bekerja diluar bidang kursus yang diambil kerana persaingan sangat tinggi. Berapa ramai graduan lama yang masih menganggur kerana hanya mengharapkan pekerjaan yang setaraf kelayakannya.

Sekarang bukan masa untuk memilih dan menunggu, tetapi graduan harus pantas merebut peluang yang ada walaupun berbeza bidang dan kelayakan. Mereka perlulah rajin dan tidak sesekali berputus asa mencari pekerjaan tidak kira di sektor kerajaan mahupun swasta.

No comments:

Post a comment

loading...