Tuesday, 2 June 2020

Tugas Isteri Dirumah Lebih Mencabar Dan Memenatkan Berbanding Kerja Hakiki Suami Diluar


Tugas suami mencari nafkah yang diwajibkan keatasnya untuk menyara keluarga. Setiap hari suami keluar bekerja, ada yang sehingga bermandikan peluh kerja di tengah panas setiap hari, penah lelah itu sudah pasti. Bagaimana pula dengan isteri yang tidak bekerja dan seharian hanya menghabiskan masa dirumah.

Namun sering kita dengar keluhan si isteri seolah-olah apa yang dilakukan dirumah seharian lebih mencabar  dan lebih penat berbanding kerja si suami diluar.

Adakah Tugas Seharian Isteri Dirumah Lebih Mencabar Dan Memenatkan?

Ya, tugas isteri dirumah sememangnya lebih memenatkan dan sangat mencabar. Melayan kerenah anak-anak lebih memenatkan kerana kita perlu perhatikan mereka setiap masa terutamanya yang berumur bawah 2 tahun. Berbeza dengan kerja suami, contohnya kerja kilang, kilang biasanya memberi rehat sebanyak 2kali setiap 8-12 jam kerja, tetapi Tugas Isteri Dirumah boleh dikatakan setiap masa perlu perhatikan PERGERAKAN anak-anak.

Bukan itu sahaja, masa makan anak-anak juga perlu dijaga dengan betul bagi memastikan si anak dapat membesar dengan sihat. Untuk memastikan anak-anak makan apa yang kita masak ini cukup mencabar. Sambil memasak masih kena perhatikan pergerakan anak-anak, masa dan tenaga sangat terhad untuk isteri melakukan kesemuanya seorang diri.

Apabila si anak demam atau sakit makin bertambah lah tugas dan beban si isteri dirumah. Sebenarnya sangat memenatkan menjadi seorang isteri dan suri rumah sepenuh masa, bukan hanya goyang kaki menonton drama sahaja. Itulah alasannya kenapa isteri kerap mengadu penat dan ada isteri yang mengalami tekanan. Jadi, suami perlulah lebih bertolak ansur dan memahami tugas isteri seharian dalam menguruskan segala kerja dirumah hinggakan kesihatan diri sendiri tidak terjaga.


No comments:

Post a comment

loading...